Tuesday, November 11, 2008

12 Nov - Pada pagi ini dengan cuaca yang amat baik, telah diadakan satu perbarisan serah menyerah tugas Timbalan Komander iaitu LT KOL TOH CHOON SIANG dengan penuh simbolik. Secara peribadi, aku amat berpuas hati dengan cara kerja LT KOL TOH CHOON SIANG. Aku rasakan beliau bukan sahaja sebagai pegawai atasan aku. Aku rasakan beliau lebih daripada seorang kawan, memandangkan banyak tunjuk ajar daripada beliau. Aku merasa terkilan , di mana surat layang telah menganggu kepimpinan beliau. Apapun aku berharap LT KOL TOH CHOON SIANG akan lebih berjaya bila di tempat baru MTAT.











Read more...

Tuesday, November 4, 2008

GAMBAR REUNION 9 RAMD PADA 18 OKT 2008





Kepada sesiapa yang hendak gambar kenangan REUNION 9 MD bolehlah terus menghubungi saya atau Mej Miswan. Harga: RM 20.00 (termasuk belanja pos dan liminate)

Read more...

Sunday, October 19, 2008

REUNION 9 RAMD PADA 18 OKT 2008

18 Okt 2008 - Perjumpaan telah diadakan di Dewan Datuk Sulaiman Sujak. Kehadiran bekas-bekas pegawai dan anggota 9 RAMD amat diluar jangkaan. Kehadiran adalah 800 lebih. Brig Jen (B) Dato' Arshad turut sama-sama memeriahkan acara tersebut. Al Fatihah buat Kol Aziz yang telah pulang ke rahmatullahi pada 19 Okt 2008.



























Mej Miswan, pegawai yang bertanggungjawab bagi menjayakan majlis pada kali ini.

Kpl Putih, yang pernah bersama-sama masuk Operasi di Belum bersama penulis


Penulis: Kpl Rozaiman bin Che Amat
http://tankprorace.blogspot.com/

Read more...

Wednesday, October 15, 2008

TAHNIAH, LT KOL (K) DR SAM QUAH

PULAU PINANG , 14 Okt 2008. DR SAM QUAH SIN CHYE President / CEO dari Kontron Design Manufacturing services (KDMS) telah dinaikan pangkat dari Mejar Kehormat kepada Leftenan Kolonel Kehormat. Kenaikan pangkat tersebut telah disempurnakan oleh Brig Jen Dato’ Prof Kamarudin bin Husin iaitu Komander Rejimen 509 Askar Wataniah. Saya wewakili warga pasukan mengucapkan tahniah di atas pelantikan tersebut, dengan kenaikan pangkat LT KOL (K) DR SAM QUAH ini menunjukkan betapa gigihnya beliau bagi mempertabatkan WATANIAH di Pulau Pinang.
Dari: Kpl Rozaiman,
Gambar: Kpl Rozaiman













Read more...

Followers

  ©Template by Dicas Blogger.